
Blogs
Pantai BNO sebagai satu tarikan pelancongan
Submitted by jhpsis on Thu, 03/07/2013 - 15:52

Pantai Bagan Nakhoda Omar merupakan kawasan tumpuan di daerah ini sejak sekian lama. Kini, sekitar kawasan pantai telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menarik para pengunjung bertandang ke kawasan tersebut.
Mengambil masa kira-kira 30 minit dari Pekan Sabak Bernam, Pantai Bagan Nakhoda Omar begitu mudah dihubungi terutamanya melalui jalanraya yang baik dan pengunjung berpeluang untuk menghirup udara yang nyaman bersama keluarga di samping menjamu selera di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai hidangan terutamanya makanan laut.
Jika pengunjung berminat untuk meninjau kelong yang begitu terkenal di sini juga boleh melalui pakej yang disediakan oleh pihak Hay Resort & Services meliputi makan dan minum, penginapan, perjalanan dengan bot ke kawasan kelong dan bersiar-siar di kawasan pantai.
Welcome back to the senior students and welcome to the new intake December 2012
Submitted by jhpsis on Fri, 12/14/2012 - 14:44 
PSIS Research & Innovation Exhibition (INNOPSIS 2012)
Submitted by jhpsis on Wed, 10/31/2012 - 15:31
Tahniah diucapkan kepada 5 orang pelajar DHK6 Integrasi yang telah memenangi tempat pertama rekacipta peringkat jabatan. Di bawah seliaan En. Khairul Nizam Ismail mereka telah mencipta sebuah portable bar yang dinamakan BARRETTA. Usaha mereka ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS dibawah seliaan En. Mohd. Shafrizal. Tahniah diucapkan.
Ekspedisi Taman Negara DUP 5B
Submitted by jhpsis on Wed, 10/31/2012 - 15:15
Para pelajar DUP 5B diiringi pensyarah, En.Rahimi bin Abd. Halim telah berjaya dalam ekspedisi mereka di Taman Negara Pahang Oktober yang lepas. Tahniah!
Pelajar JPH PSIS raikan anak yatim di Sungai Hj. Dorani
Submitted by jhpsis on Thu, 10/18/2012 - 13:17 
Tahniah kepada para pelajar DHK5B di bawah seliaan En. Khairul Nizam Ismail dan En.Haini di atas usaha murni yang mereka telah laksanakan di Sungai Hj. Dorani pada 6 dan 7 Oktober yang lepas. Meraikan anak-anak yatim di sana dan menjalankan beberapa aktiviti bersama penduduk merupakan satu usaha yang harus mendapat perhatian kita dalam menaikkan nama jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah diucapkan dari pihak jhpsis.com
Selamat berhujung minggu dan Selamat Hari Malaysia 2012
Submitted by jhpsis on Thu, 09/13/2012 - 15:28 


